Sunday, May 20

to people who think their life is like hell.


kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Tuhan mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" (surah al-baqarah verse 216)

kenapa susah sangat ujian ni?
"Tuhan tidak membebani seseorang itu melainkan kesanggupannya" (surah al-baqarah verse 286)

aku rasa kecewa,tertekan,lemah semangat.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, sekiranya kamu orang-orang beriman" (surah ali-imran verse 139)


bagaimana harus aku menghadapinya?
"wahai orang-orang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaranmu (lebih daripada musuh,di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Tuhan supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" (surah ali-imran verse 200)

"dan mintalah pertolongan (kepada Tuhan) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali keada orang-orang khusyuk" (surah al-baqarah verse 45)

apa yang aku dapat dari semua nii?
"Sesungguhnya Tuhan membeli daripada orang-orang Mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga bagi mereka" (surah at-taubah verse111)

kepada siapa aku berharap?
"Cukuplah Tuhan bagiku, tidak ada Tuhan selain darinya. Hanya kepadanya aku bertawakal" (surah at-taubah verse 129)

Ahhh....aku tak tahan!
"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat serta pertolongan Tuhan. Sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Tuhan itu melainkan kaum yang kafir" (surah yusuf verse 87)